Tentang status halal haram dan bahan-bahan yang meragukan
di dalam Produk Kesihatan Shaklee terutamanya
Produk Soy Lecithin – Dietary Supplement.
Isu Estrak Babi di dalam Produk Shaklee mula timbul apabila ada yang prihatin menulis di dalam blog beliau tentang sumber gelatin di dalam Produk Soy Lecithin yang disyaki menggunakan gelatin daripada campuran lembu dan babi.
Di atas keprihatinan dan untuk mendapatkan kepastian, beliau telah menghantar email kepada Shaklee Kanada pada 22 Februari 2011 untuk mendapatkan kepastian dan penerangan. Hasilnya, pada 26 Februari 2011 pihak Shaklee Kanada membalas email
beliau dan menjelaskan bahawa:
“Untuk Produk Lecithin di Pasaran Amerika Syarikat. Gelatin yang digunakan dalam Kapsul Soy Lecithin mungkin menggunakan campuran gelatin babi dan lembu. Dalam kata lain, Kapsul Soy-Lecithin tidak dijamin bebas kandungan babi”.Untuk memastikan kebenaran penjelasan ini, beberapa orang pengedar produk Shaklee telah menghubungi Syarikat Shaklee
Malaysia dan menjelaskan produk Shaklee untuk pasaran Malaysia dihasilkan di kilang yang lain dan turut mempunyai persijilan halal daripada Islamic Services of America (ISA).
Produk Lecithin Shaklee yang didaftarkan pada tahun 1995 dihasilkan di kilang Syarikat Shaklee di Norman, Amerika Syarikat.Produk Lecithin Shaklee yang terbaru pula didaftarkan pada 2012 dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville . Kilang yang sama mengeluarkan produk-produk kesihatan lain seperti Produk GNC dan USANA yang mempunyai persijilan Halal daripada IFANCA (Islamic Food And Nutritional Council of America).
Produk Osteomatrix Caplet Shaklee yang didaftarkan di Malaysia pada tahun 2007 juga dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville, Amerika Syarikat. Koordinator Perkhidmatan Halal, ISA mengesahkan Sijil Halal Produk Shaklee adalah sah dan menjamin Shaklee akan terus mengeluarkan produk-produk yang dijamin halal termasuklah Produk Lecithin, Omega dan Vitamin E.
Memang sebelum ini Shaklee menggunakan kapsul daripada pembekal di Kanada. Tetapi pada masa sekarang, Shaklee telah menggunakan pengilang baru yang mempunyai persijilan halal sedia ada untuk produk Shaklee pasaran Malaysia.
ISA dan IFANCA merupakan badan persijilan Halal Luar Negara yang
diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.
Oleh itu, tiada keraguan ataupun was-was bagi pengguna Muslim untuk
mengamalkan Produk Suplemen Kesihatan jenama Shaklee yang terdapat di pasaran Malaysia.
No comments:
Post a Comment