Waktu

Assalamualaikum

.SELAMAT DATANG KE FEDILA PUNYA BLOG DAN SELAMI ILMU UNTUK KEKAL CANTIK, SIHAT , BERILMU DAN BERDUIT

21 July 2014

PENGEDAR SHAKLEE MELAKA : SOLAT SUNAT DHUHA

PENGEDAR SHAKLEE MELAKA
hari nk berkongsi dgn kalian ttg solat sunat DHUHA



Solat Dhuha adalah solat sunat yg dilakukan setelah terbit matahari sampai menjelang masuk waktu zuhur. Afdhalnya dilakukan pada pagi hari disaat matahari sedang naik ( kira-kira jam 9.00 ). 


 Ia boleh dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat Sayyidatina Aishah berkata :

"Adalah Rasulullah s.a.w solat sunat dhuha 4 rakaat & menambah seberapa yang dikehendaki."

(sekurang-kurangnya solat ini dilakukan 2 rakaat, selebihnya 4-8 rakaat dengan setiap 2 rakaat satu salam)

Solat Sunat Dhuha lebih dikenal dengan solat sunat untuk memohon rezeki dari Allah, berdasarkan hadits Nabi : ” Allah berfirman : “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang ( Shalat Dhuha ) niscaya pasti akan Aku cukupkan kebutuhanmu pada akhir harinya “ (HR.Hakim dan Thabrani)

Dalam satu riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi) 


Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: 
“Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: 
“Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   

Waktu yang paling afdal melakukan DHUHA
Sesuai dengan namanya Dhuha yang bermaksud pagi, jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fekah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing iaitu kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7:30 pagi hingga 1:00 tengah hari.



Waktu afdalnya adalah ketika sinar matahari kian panas. Berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam, Rasulullah s.a.w. menjelaskan:
“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” 
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10:00 pagi hingga 1:00 tengah hari (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Cara Perlaksanaan
Secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Jumlah rakaat solat Dhuha adalah 2, 4, 8 atau 12 rakaat. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.
 
niat solat sunat dhuha adalah seperti yg ila share kan dibawah>>


setelah selesai solat....doa berikut di baca>>


Rezeki yang halal dan berkat bukan sahaja dapat membawa manusia menuju ketenteraman hati, malah dapat membawa kemuliaan di sisi Allah. Insya-Allah, kita dapat mencapainya dengan mengerjakan solat Dhuha. 

Solat Dhuha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.
Rezeki yang melimpah-ruah, halal dan berkat adalah dambaan setiap insan. Namun untuk menjadikannya kenyataan bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana kekayaan yang bertimbun dan kedudukan yang tinggi tidak menjamin keberkatan hidup yang hakiki.

SELAMAT BERAMAL SEMUA


No comments:

Post a Comment