Waktu

Assalamualaikum

.SELAMAT DATANG KE FEDILA PUNYA BLOG DAN SELAMI ILMU UNTUK KEKAL CANTIK, SIHAT , BERILMU DAN BERDUIT

28 June 2015

IBU TIRI KEJAM DERA ANAK

Sedihnye...luluhnya hati seorg ibu bile dpt tau anak sendiri yg dikandung lebih 9 bulan didera sesuka hati.....dan parah.......oleh IBU TIRI pd anak tersebut....

Korg de terbaca x kisah ni.....

Sedihkan....makin xpaham dgn hati manusia zaman sekarang......

»»»»»»»»»»

Kota Bharu: Seorang kanak-kanak perempuan Nur Zuliana Zaara Bt Mohd Mishabuddin berusia 5 tahun dilaporkan telah mengalami lebam dan penuh parut di badan selepas didera oleh ibu tirinya.

Kejadian disedari oleh ibu mangsa, Sana Abd Malek, 28, yang telah pergi mengambil anaknya itu di rumah bekas suaminya di Rantau Panjang.

"Luluh hati saya melihat kesan parut di belakang badan dan luka di kepala. Doktor maklumkan anak saya turut patah tulang belakang,”

"Sampai hati Yaya diperlakukan seteruk ini," katanya.

Beliau sebelum itu telah dihubungi oleh isteri bekas suaminya bahawa dia dan suami tidak lagi mahu menjaga anak saya bernama zuliana serta mahu menyerahkan hak penjagaan kepadanya kembali kerana sibuk bekerja.

Beliau telah setuju dan berjanji akan mengambil anaknya pada 24/06/2015 kira-kira jam 1 tengah hari bertempat di belakang Pasaraya Pantai Timur Rantau Panjang.

Semasa sampai beliau telah terlihat keadaan anaknya lemah dan tubuh badan anaknya dipenuhi parut dan mengesyaki telah di dera oleh ibunya dan terus pergi ke balai membuat laporan polis.

Menurut beliau kali terkahir dia bertemu dengan anaknya itu adalah pada ramadan tahun lalu selepas bekas suaminya itu tidak membenarkan dia bertemu mangsa.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim berkata, mereka telah cuba mendapatkan rawatan di Golok, Thailand, sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.

Kredit to > SIAKAP KELI

No comments:

Post a Comment