Waktu

Assalamualaikum

.SELAMAT DATANG KE FEDILA PUNYA BLOG DAN SELAMI ILMU UNTUK KEKAL CANTIK, SIHAT , BERILMU DAN BERDUIT

12 September 2015

Crane jatuh di MEKAH

# copy paste # forwarded (whatsapp)

Press Statement given to media tanah suci at 8.20pm Saudi time.

Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan berlakunya kejadian keruntuhan kren di dalam Masjidil Haram pada lebih kurang jam 5.00 petang (waktu Saudi) akibat rebut pasir dan hujan lebat.

Buat masa ini sejumlah enam (6) orang jemaah haji Malaysia terlibat dimana seorang daripadanya telah dilaporkan patah kaki dan lima yang lain cedara ringan.

Pasukan kebajikan dan perubatan telah dikerahkan untuk memberikan rawatan dan membuat pemeriksaan di kawasan terbabit. Ini bertujuan  untuk meninjau serta memastikan keadaan Jemaah haji Malaysia yang terlibat dalam insiden berkenaan.

Semua yang cedera telah dikenal pasti dan sedang menerima rawatan daripada pasukan perubatan TH di tempat kejadian.

Jemaah Haji yang patah kaki telah dihantar ke Hospital Tabung Haji untuk rawatan lanjut.

Pasukan perubatan TH telah berada di hospital Arab Saudi bagi mengenalpasti sekiranya terdapat lagi jemaah haji Malaysia yang terlibat dalam insiden tersebut.

TH akan memaklumkan perkembangan ini dari masa ke semasa.

Moga Allah permudahkan urusan mereka....
Dan al fatihah untuk jemaah yg terkorban......

No comments:

Post a Comment